Isnin, 10 November 2008

Cuaca dan pengaruh cuaca







Hai...
Macam mana cuaca hari ini ???? Kajian cuaca menyatakan hari ini cuaca mendung dan berangin.

Tahukah anda negara kita adalah negara yang beriklim khatulistiwa...
Iaitu mengalami panas dan hujan sepanjang tahun ...
Di negara kita ada 5 keadaan cuaca...iaitu





1. Panas

2. Hujan

3. Mendung

4. Redup

5. Berangin

Pernahkan anda mendengar lagu Hujan.
Sekarang mari menyanyi bersama-sama ya.




Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi…

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi…

Sekarang kita akan melihat pula pengaruh cuaca
terhadap kegiatan harian penduduk di Kg Batu Rakit,
Kuala Terengganu pula...

Pelbagai kegiatan yang dilakukan antaranya ialah :

Pada cuaca panas ///biasanya sesuai untuk kegiatan
harian,menjemur kain..
Cuaca Mendung /// biasanya kita berehat di rumah
Cuaca redup /// bersama keluarga
Cuaca hujan /// menonton tv, membaca surat khabar
dan nelayan tidak boleh ke laut...
Cuaca berangin /// kanak-kanak boleh bermain layang2..

Kesimpulan untuk hari ini...

Cuaca sememangnya mempengaruhi kegiatan harian penduduk.
Kita sebagai rakyat di bumi Malaysia perlu bersyukur
dengan apa jua keadaan cuaca yang berlaku kerana
ianya memberi manfaat kepada semua kehidupan.








Tiada ulasan: